Anemia salah satu masalah yang dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini turut nor alami untuk kandungan pertama dan ke dua. Menurut ibu nor, dia turut mengalaminya untuk ke semua anak-anaknya semasa mengandung.
Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah [hemoglobin] ibu kurang daripada 11gm%.
Punca anemia :
1. kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12,
2. jangkitan cacing
3. penyakit malaria
4. masalah perubatan seperti thalasemia dan leukimia
5. pendarahan berlebihan akibat buasir dan haid
6. kerap mengandung [kurang dari 2 tahun], kehamilan kembar, kerap keguguran
Tanda-tanda anemia :
1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat
Kesan anemia kepada ibu :
1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin
Kesan anemia kepada kandungan :
1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.
Untuk menangani anemia ialah dengan pengambilan banyak zat besi.
Cara meningkatkan pengambilan zat besi melalui makanan
1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.
3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.
4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
5. Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.
6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.
7. Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
8. Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.
Pengambilan Hematinik
1. Ambil semua pil yang dibekalkan oleh doktor atau jururawat bersama air kosong atau air buah.
2. Pil yang dibekalkan pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.
3. Elakkan mengambil pil-pil ini bersama teh atau kopi.
4. Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan sampingan seperti mual-mual, sembelit, sakit perut dan najis hitam. Kesan-kesan ini adalah sementara dan tidak merbahaya.
5. Pil-pil tersebut adalah selamat dan tidak akan menyukarkan kelahiran.
Sumber : Risalah Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Kluang
- Panduan Ibu Mengandung
-
Tanda-tanda Hamil
-
Pertumbuhan bayi di dalam kandungan dari minggu pertama sehingga kelahiran
-
7 Mutiara kata untuk ibu mengandung dalam Al-Quran
-
Video perkembangan bayi dari hari pertama sehingga saat kelahiran
-
Gambar wanita mengandung dari awal hingga akhir kehamilan
-
Mini Direktori - Kedai Online Baju Ibu Mengandung
-
Playlist Surah Yang Baik Untuk Ibu Mengandung (Hamil) bacaan oleh Mishary Rashid Alafasy
-
Video playlist muzik untuk ibu mengandung
-
Pemakanan Ibu Mengandung
-
Khasiat oat untuk ibu mengandung (hamil)
-
Makan buah jambu batu untuk mengatasi rasa mual semasa mengandung
-
Kelebihan Wanita Mengandung Yang Mual di Pagi Hari (Morning sickness)
-
10 Cara mengurangkan batuk ketika mengandung (hamil)
-
Anemia semasa mengandung
-
Sebab perut mengeras semasa mengandung (hamil) dan cara menanganinya
-
Pergerakan bayi dalam kandungan
-
Senaman mudah untuk wanita mengandung
-
Panduan tidur untuk wanita mengandung
-
Kebaikan tidur mengiring untuk wanita mengandung (hamil)
-
Pengalaman menyusu semasa mengandung
-
Perut kecil vs perut besar semasa hamil
-
Persediaan ibu semasa mengandung untuk mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir
-
Apa yang perlu dibuat bila mengetahui bayi songsang
-
Kesan air ketuban banyak semasa mengandung
-
Jantina bayi lelaki dan perempuan mengikut teori Ibnu Sina
-
Menentukan tarikh kelahiran bayi pada tarikh-tarikh tertentu
-
12 langkah melahir tanpa rasa sakit melalui teknik hypnobirthing
-
Urutan Perineum untuk memudahkan proses bersalin dan mengelak episiotomi(jahitan selepas bersalin)
-
Berjalan, hubungan kelamin dan makanan pedas kaedah popular untuk mendorong proses bersalin bermula
-
10 Mutiara Kata Untuk Bakal Ibu
-
Keperluan untuk dibawa ke hospital sebelum melahirkan anak
-
10 Tanda-tanda Bersalin
-
Kebaikan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan
-
Apa yang perlu dibuat bila mengetahui bayi songsang
- Pengalaman Bersalin Kali Pertama
- Pengalaman bersalin secara pembedahan cesarean