Sabtu, November 12, 2011

Keperluan untuk dibawa ke hospital sebelum melahirkan anak

Selepas memasuki minggu-minggu terakhir kehamilan, tentunya pelbagai jenis barangan yang ingin disediakan di dalam fikiran dan salah satunya keperluan untuk dibawa bersama ke hospital.

Melalui pengalaman nor sendiri, ada beberapa barangan yang perlu dibawa ke hospital.
Keperluan ni disimpan di dalam satu beg, bila dah ada tanda-tanda nak bersalin dan nak ke hospital hanya ambil beg ni.  Tak perlu ambil masa untuk mengemas. Di sini nor senaraikan 10 barangan yang perlu dibawa ke hospital :)
Keperluan yang diperlukan (dengan beranggapan si ibu berada 1-3 hari sahaja di hospital) :

Untuk ibu :
1. Tuala - untuk mandi
2. Seluar dalam (2 helai) - dipakai selepas bersalin
3. Baju  - (1 pasang) - dipakai selepas bersalin
4. Handphone
5. Buku

Makanan - pihak hospital akan sediakan (tapi biasanya ada gak bawa bekal sedikit dari rumah)
Pakaian - pihak hospital akan sediakan, semua ditanggalkan kecuali pakaian hospital sahaja ada kat badan.

Untuk bayi :
1. Pampers saiz newborn
2. Tisu basah (baby wipers)
3. Tuala untuk balut badan bayi
4. Baju bayi lengan panjang/pendek (sepasang)
5. Sarung tangan dan kaki bayi

Secara asasnya itu sahajalah yang dibawa ke hospital.  Bawalah ikut keperluan.  Jika rumah berdekatan dengan hospital dan mudah untuk ahli keluarga berulang-alik,  bawa 10 item di atas pun dah cukup. Jika keadaan menyebabkan si ibu atau bayi perlu berada lebih lama,  barangan tambahan boleh dibawa kemudian.

Panduan Ibu Mengandung : Pengalaman bersalin kali pertama


0 comments:

Terkini di blog :


-
Norazizah © 2007 - 2011