Ahad, Februari 27, 2011

Pemakanan Ibu Mengandung

Pemakanan ibu mengandung amat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Masa nor mengandung nor suka minum susu Anmum. Awal kehamilan berat nor menurun sebab ada alahan, asyik muntah. Dari 63kg jadi 53kg. Dah masuk 6 bulan baru normal balik. Masa tu baru nor jaga betul2 makanan nor. Bagi yang berpeluang jaga pemakanan dari mula, jangan sia-siakan :).

Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:


* Buah-buahan dan sayur-sayuran
-> Buah : Betik, Tembikai, Labu
-> Sayur : Broccoli, kubis, lobak merah, kentang

* Makanan berkanji
-> roti, nasi, pasta, ubi kentang.

* Makanan berprotein tinggi
-> Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

* Makanan berkalsium tinggi - bagus untuk ketahanan gigi ibu dan pertumbuhan gigi & tulang bayi.
-> Susu, yoghurt, cheese.

* Makanan berserat tinggi - untuk mengelak sembelit
-> Bijirin : Oat
-> Buah : Tembikai, Epal merah, Melon, Buah Naga, Belimbing, Pir Hijau, Jambu biji Merah, Betik, Avocado hijau, Mangga, Laici, Pisang, Tomato

* Vitamin dan Mineral tambahan - dalam bentuk pil yang akan diberi di klinik semasa pemeriksaan ibu mengandung. Habiskan semua pil yang doktor bagi. :)
-> Asid folik : Untuk perkembangan saraf dan otak bayi
-> Zat Besi : untuk pembentukan sel darah merah (membawa makanan dari ibu kepada bayi melalui plasenta)
-> Kalsium : untuk pembentukan tulang dan gigi bayi

0 comments:

Terkini di blog :


-
Norazizah © 2007 - 2011