Rabu, Januari 27, 2010

Pengalaman Bersalin Kali Pertama






Umur Aleeya 1 bulan


Salam.

Hari ni masuk 32 hari selepas melahirkan anak pertama. Syukur kerana Nor bersalin secara normal. Pengalaman bersalin memang menakjubkan. Selepas melalui pelbagai pengalaman semasa mengandung akhirnya hari yang ditunggu pun tiba.

Nor dijangka akan bersalin pada 15 Disember 2009 tetapi tiada tanda-tanda Nor akan bersalin. Doktor telah memberikan sepuluh hari lagi, jika tiada juga tanda-tanda bersalin, Nor akan bersalin menggunakan IOL (Induce Of Labour). Pada 24hb Disember 2009 Nor masuk hospital. Keesokan harinya 25hb Disember 2009 Nor menjalani proses IOL. Pagi-pagi lagi jam 7.00 pagi, Doktor telah memasukkan sesuatu di salur peranakan. Nor tidak dibenarkan bergerak selama 2 jam. Hanya berbaring sahaja. Abang, mak, pak dan adik-adik yang lain turut menemani Nor. Tengah hari belum juga ada tanda-tanda Nor akan bersalin. Nor makan seperti biasa. Cuma Nor ada minta ngan abang belikan air kelapa. Sempat juga minum seteguk.

Lebih kurang jam 3.30p.m. Nor terasa nak buang air. Terasa macam sembelit. Nor pergi tandas, sempat buang air besar. Nor berjumpa doktor dan doktor menyatakan bukaan telah 2cm. Doktor menyuruh Nor baring dan berehat di katil. Nor asyik rasa nak meneran dan rasa sakit, terus kol abang. Abang datang dan sempat urut belakang. Bila Nor duduk, terasa ada bunyi pop. Ops air ketuban dah pecah ada bercampur darah. Rasa tak larat nak jalan jumpa doktor. Abang pulak jumpa doktor. Jururawat datang dengan bawa kerusi roda. Doktor cek lagi dan bukaan 4cm. Nor terus dibawa ke bilik bersalin.

Jam 4.15p.m. Nor masuk ke bilik bersalin, rasa meneran semakin terasa. Nor sempat panggil jururawat, Nor terasa nak meneran. Nor hanya sempat tengok seorang jururawat dan dengar jururawat suruh teran. 3 kali Nor meneran, tepat jam 4.44p.m. seorang bayi perempuan selamat dilahirkan. Syukur segalanya berjalan dengan selamat. Bayi ini Nor dan abang namakan Nur Aleeya Marissa.


Kisah ke 2

Sumber : Mazneera Zainal - Detik kelahiran si permata hati: kisah benar pengalaman ibu menghadapi saat melahirkan anak

15 April 2005, detik yang dinanti sudah tiba. Tip yang dibaca di dalam buku itu saya praktikkan. Benar! Kali ini saya lebih tenang dan berjaya menangani kesakitan dengan menggunakan kaedah natural. Bagaimanapun, perancangan Tuhan mengatasi segalanya. Selepas lebih 14 jam mengharungi kesakitan sekali lagi saya terpaksa melahirkan anak melalui pembedahan atas sebab yang sama iaitu bayi lemas! Dua kali caesarean bermakna selepas ini saya tidak boleh lagi bersalin secara normal. Rasa seolah-olah tidak lengkap menjadi seorang wanita tanpa melalui pengalaman secara normal. Tetapi atas sokongan suami, keluarga dan sahabat baik, saya menerima kenyataan ini. Akhirnya saya akur yang cara bersalin tidak penting, asalkan kedua-dua ibu dan bayi selamat.

Panduan ibu mengandung : Keperluan untuk dibawa ke hospital sebelum melahirkan anak

0 comments:

Terkini di blog :


-
Norazizah © 2007 - 2011