
Mengamalkan ayat seribu dinar dipercayai boleh memurahkan rezeki.
Terdapat pelbagai kisah mengenai ayat ini namun segalanya datang daripada Allah.
Nor pun ada kisah mengenai ayat seribu dinar.
Setelah habis pengajian Nor balik kampung. Nor memang rapat dengan mak. Mak ada sarankan Nor mengamalkan membaca ayat seribu dinar 3 kali selepas solat. Banyak khasiatnya. Nor berminat sebab mudah diamalkan. Nor hafal ayat seribu dinar dan membaca 3 kali setiap selepas solat.
Selepas beberapa bulan mengamalkan ayat ini, Nor mendapat pekerjaan sebagai guru sandaran di sebuah sekolah menengah. Mungkin rezeki di situ 3 bulan sahaja. Seminggu selepas berhenti mengajar, Nor pergi temuduga untuk jawatan tenaga pengajar komputer di GIATMARA. Seminggu selepas itu, Nor dapat tawaran menjadi tenaga pengajar.
Seronok menjadi tenaga pengajar di GIATMARA. Pelbagai pengalaman yang dilalui. Kehidupan masyarakat yang bermacam-macam banyak menginsafkan Nor. Betapa bertuahnya Nor ni.
Kemudian Nor dapat kenaikan gaji. Gaji yang sebelumnya pun Nor tak habis belanja. Nor suka simpan duit. Jadi kebanyakan duit gaji Nor simpan atau untuk bayar hutang. Hutang PTPTN, kereta :).
Selepas bekerja, Nor berjinak-jinak dengan dunia internet. Cari duit melalui internet. Segalanya bermula bila Nor mengetahui terdapat cara yang mudah dan percuma untuk membuat web iaitu melalui blog. Kemudian Nor tahu pula cara masukkan video di dalam blog. Huhu. Nor buat sebuah video blog. Kat tempat Nor bekerja tiada TV. Jadi video blog jadi teman Nor.
Seorang kawan internet melihat video blog Nor dan menyarankan Nor mencuba google adsense. Nor cuba fahami google adsense. Nor banyak bertanya blogger support dan google support. Selepas itu, Nor menyertai google adsense.
Nampaknya memang langkah kanan lagi, bagi Nor mungkin ini disebabkan Nor mengamalkan ayat seribu dinar. GA telah menjadi pendapatan sampingan Nor malah melebihi daripada gaji tetap Nor. Syukur. Duit yang Nor dapat banyak digunakan untuk bayar hutang disamping beli peralatan komputer yang akan memudahkan Nor. Nor Mobile. Huhu.
Sekarang Nor dah ada laptop sendiri, usb modem, video cam, pc semua ni Nor beli untuk memudahkan Nor jika Nor on travelling. Sekarang Nor sedang bercuti, Nor guna usb modem untuk sambung ke internet. Hidup semakin mudah. Boleh buat apa saja yang Nor suka. Huhu.
Nor berjumpa dengan 'hubby' Nor di tempat kerja. Nor pun anggap ni rezeki. Sentiasa dekat di mata dan dekat di hati.
Dan yang terkini, Nor dapat temuduga kenaikan pangkat. Insyaallah, andai ini yang terbaik Nor akan dapat kenaikan pangkat. Bagi Nor, terlalu awal untuk jawatan yang ditawarkan. Tetapi segalanya hanya Allah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya.
Kesimpulannya, amalkanlah ayat seribu dinar 3 kali selepas solat. Huhu. Dapat rezeki yang tak disangkakan.
2 comments:
terima kasih :)
sama-sama
Catat Ulasan